Monday, May 28, 2012

9 nama anak syaitan


1. Zalituun

Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari


" ya Allah aku berlindung dari syaitan yang di rejam "

sumber : >> copy paste

Sunday, May 20, 2012

fadhilat : kelebihan bersugi

 بسم الله الرحمن الرحيم


1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.

3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    “ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
    ( Riwayat Muslim )

    - Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

    1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
    ( Riwayat Baihaqi )

    2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
    “ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
    ( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

    7. Di antara kelebihan bersugi ialah :

    1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.
    ( Riwayat Muslim )

    2) Dapat menambahkan akal.
    3) Dapat mencerahkan mata.
    4) Melambatkan tumbuh uban .
    5) Dapat menggandakan pahala.
    6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .


( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani ) 



sumber : http://halaqah.net/

Saturday, May 19, 2012

Hanzalah motivasi buat perjuang Islam


  بسم الله الرحمن الرحيم

Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana 

sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhadak menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab. 


sumber : http://www.ustaznoramin.com


Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan namaMu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
Tajuk Nasyid : Hanzalah
Artis : Rabbani
Album : Qiblat

Amalan Menguatkan Daya Ingatan

بسم الله الرحمن الرحيم


Amalan Menguatkan Daya Ingatan 


Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita
dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.
Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya
sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik
diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan
nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara
meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat
Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak
sesaat untuk kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.


sumber : copy paste << klik

Wednesday, May 16, 2012

...senyum...

بسم الله الرحمن الرحيم

6 fakta tentang senyuman:

 

1. Senyuman boleh mengubah perasaan.

Jika kamu sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan kamu menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyuman boleh memperdaya tubuh sehingga perasaan berubah.

 

2. Senyuman boleh berjangkit.

Menurut kajian, sesiapa yang tersenyum kemudian orang di sekeliling turut akan tersenyum dan merasa lebih bahagaia.

 

3. Senyuman boleh menghilangkan stress.

Stress boleh kelihatan di wajah. Apabila kamu tersenyum, mimik muka letih, bosan dan sedih tidak kelihatan di wajah. Ambillah masa untuk tersenyum supaya fikiran kamu akan lebih tenang.

 

4. Senyuman boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Ketika kamu tersenyum, kamu sebenarnya telah menjadikan sistem imunisasi tubuh anda lebih aktif.

 

5. Senyuman menurunkan tekanan darah.

kamu boleh menguji kesahihan fakta ini dengan mencatat tekanan darah ketika kamu sedang tersenyum dan ketika kamu tidak tersenyum. Kamu pasti akan mendapati perbezaannya.

 

6. Senyuman baik untuk awet muda.

Ketika kamu sedang tersenyum, sebenarnya kamu sedang menggerakkan otot2 wajah. Senyuman yang kamu berikan adalah sama dengan kaedah face lit yang digunakan untuk rawatan muka.

Rasulullah juga merupakan seorang yang suka tersenyum. Baginda memberikan senyuman kepada orang di sekeliling dan termasuk juga musuhnya. Baginda juga sentiasa tersenyum dan bermanis muka ketika menyampaikan dakwah. Baginda tak pernah ketawa melainkan tersenyum. Contohilah amalan rasulullah ini.


p/s : senyum...tak perlu kata apa2...senyum...

sumber : copy paste dr facebook... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...