Tuesday, September 16, 2008

khasiat kurma,madu dan kismis

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika
puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia
merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus
puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya
kurang sehat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah
dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari
itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada
di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan
(empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan,
membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat
pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan
panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat
Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati
dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai
obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca
Al-Quran".

Monday, September 15, 2008

Tidak hairan Sufiah Hancur Melacur.

( LINA JOY ) kehebatan peguam jahanam

Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa.... sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!! persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar... IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH ISLAM DIHINA DI MALAYSIA Baca sama-sama... Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal

[3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! ------------------------------------------------------------------------- Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.. Cetakan Beirut) Allahua`ala `alam. 27 SEPTEMBER 2007 .

Tuesday, September 2, 2008

ramadhan


Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti

iktibar ramadhan

Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah… entah di mana
Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Di manakah belas kasihan

Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadanya

Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan

Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...