Wednesday, July 23, 2008

ketulusan hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu:boy_13:

Tuesday, July 15, 2008

mahligai kasih

duhai kasih cuba kau dengarkan
bisik hati penuh kejujuran
dengan sepenuh keikhlasan
ku dambakan pengertian
jangan kau dengar fitnah dunia
kerana ianya dusta semata
menghancurkan kesucian
jalinan kebahagiaan
sebenarnya aku merasa
sinar cahaya yang gemilang
ketika kau beriku harapan
dan sering aku harapkan
cinta berlandas keimanan
dan kasih suci kita kan diberkati
ku cuba sedaya
agar dirahmati perhubungan
yang telah terbina
kerana pasti aku
yang akan merasa pedihnya
kehilangan insan sepertimu
tuhan berikanlah
ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
bersama mengharapkan
ketulusan cinta ini untuk membina
mahligai bahagia....
:inlove:

Sunday, July 13, 2008

kawan...

kawan bertahun kita bersama
bagai semalam baru bersua
kawan di hadapan oh indahnya
kita bersama berkelana

namun kita jauh
di dunia sendiri
bakalan sendiri
impian sendiri
meskipun jauh namun
kita tetap bersama
dek ruang yg memisahkan kita

kawan hidup ini umpama langit
yg tidak selalu cerah
kawan hidup ini bagaikan awan
yg tidak selalu putih

ingatlah bintang-bintang di langit
takkan terus berkelipan
ingatlah pelangi yg indah
pasti akan hilang

kawan jgn biarkan dirimu
separti rama-rama
cantik namun akhirnya
menjadi perhiasan di dinding

kawan jgn biarkan dirimu
umpama lipan dan kala
berbisa namun akhirnya
menjadi perhiasan di meja tulis

oh kawan jadilah seperti si matahari
membakar diri demi insan sejagat
oh kawan jadilah seperti bulan purnama
menerangi malam yg gelap-gelita
menunjukkan jalan demi umat semesta
:inlove:

Thursday, July 3, 2008

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah



Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangny a, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)

Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia , multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

mari dengar cerita...

cerita paderi dengan gembala kambing...



tersebut la al-kisah...
Di dalam sebuah kampung yang aman damai terdapat seorang ulama yang amat disegani oleh rakyatnya.Di dalam kampung tersebut kebanyakkan penduduknya adalah Islam.

Suatu hari datanglah seorang paderi yang ingin menguji kehandalan ulama' kampung tersebut.Paderi tersebut ingin berlawan hujah tetapi dengan menggunakan bahasa isyarat.Maka seluruh penduduk kampung berasa sungguh bimbang kerana jika ulama' tersebut dapat dikalahkan maka jatuhlah air muka ulama' tersebut.Apabila dibincangkan hal ini,tampillah seorang gembala kambing yang ingin menawarkan dirinya untuk berlawan dengan paderi tersebut kerana jika dia kalah tidaklah malu sangat kerana dia hanya seorang gembala kambing sahaja.

Tibalah hari yang dijanjikan.Maka bermulalah perdebatan antara gembala kambing dengan paderi dengan hanya menggunakan bahasa isyarat seperti yang telah dijanjikan.

soalan pertama :
paderi : mengisyaratkan jari telunjuk ke atas beerti satu.
gembala kambing : membalas dengan menunjukkan dua jari.

soalan kedua :
paderi : mengisyaratkan 3 jari keatas dan 4 jari kebawah.
gembala kambing : membalas 3 jari keatas dan 3 jari kebawah.

soalan terakhir :
paderi : isyarat satu dan membuat bulatan.
gembala kambing : menunjuk penumbuk dengan rasa amat marah.

Tamatlah perlawanan tersebut.Penduduk kampung bersorak keriangan kerana jawapan yang diberikan oleh gembala kambing adalah betul.Maka pulanglah paderi tersebut dengan perasaan hampa.

ni nk share la maksud di sebalik isyarat2 tersebut.kombainkan antara pkiran gembala kambing dgn Islam.

mule2 kut pemikiran gembala kambing,so dlm otak die dh tentu die akn pk kan kambing die.

soalan 1 :
paderi tunjuk 1 : nak seekor kambing.
gembala tunjuk 2 : bkn setakat sekor 2 ekor pn die bley bg.
soalan 2 :
paderi tunjuk 3 ats 4 bwh : kambing cacat,3 tanduk 4 kaki.
gembala tunjuk 3 ats 3 bwh : kambing cacat,3 tanduk 3 kaki pn ade.
soalan last :
paderi tunjuk 1 dan bulatan : nak semua.
gembala tunjuk penumbuk : dia marah.


yang ni plk mengikut pemikiran dlm islam :

soalan pertama :
-kafir kata : islam hanya percaya pada Allah shj @ quran.
-islam jwb : percaya Allah dan rasul @ quran & sunnah.

soalan kedua :
-kafir kata : Allah menjadikn langit & bumi 3 hari 4 mlm.
-islam jwb : Allah jdkan langit & bumi 3 hari 3 mlm.
(ada dlm surah as-sajdah)


soalan terakhir :
-kafir kata : islam cukup dengn hnya bersatupadu.
-islam jwb : islam kuat kerana jihad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...