Monday, June 30, 2008

sandiwara dunia....


kehidupan manusia di dunia ini umpama matahari :

~ matahari terbit tidak ubah seperti bayi yang baru lahir yang sentiasa minta diasuh.
~ matahari naik tidak ubah seperti masa kanak-kanak yang perlukan pendidikan.
~ tengah hari tidak ubah seperti masa remaja hendaklah kuat belajar.
~ matahari mulai turun sama tidak ubahnya dengan masa dewasa, sihatkan ekonomi, kuatkan iman dan ibadah.
~ matahari hampir terbenam tidak ubahnya dengan masa tua menunggu mati.

Saturday, June 28, 2008

tujuan hidup...

1. mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya.
"dan tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku"
(adz-zariyat:56)

2. menyempurnakan amanah yang telah ditaklifkan kepada kita selaku khalifah di muka bumi.
"ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat : sesungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi"
(al-baqarah:30)

3. memberikan segala khidmat bakti dan tenaga kepada kebajikan ummah hanya semata-mata kerana Allah ta'ala.
"dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin),atas diri mereka sendiri,sekalipun mereka berada di dalam kesulitan"
(al-hasyr:9)

4. mencari keredhaan Allah ta'ala.
"kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya yang maha tinggi : dan Tuhannya yang redha kepadanya"
(al-lail:20-21)

5. menjadi muslim yang soleh dan solehah.
"tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakan"
(al-muddathir:38)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...