Wednesday, November 27, 2013

adab makan dan sunah makan cara Rasulullah S.A.W

  بسم الله الرحمن الرحيم



SEBELUM MAKAN :
  • Kita hendaklah memastikan makanan yang kita makan itu adalah makanan yang halal dan diperolehi dari sumber yang halal.
  • Kita hendaklah mencuci tangan dari segala kotoran.
  • Rasulullah S.A.W menggalakan kita agar makan secara berjemaah kerana makan seorang diri yang temankan kita adalah syaitan.
  •  Letak makanan di atas kain safrah atau apa sahaja alas yang bersih.
  • Duduklah dengan sopan.
  • Baca doa makan

"اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار"
SEMASA MAKAN :

  • Ambillah makanan atau hidangan yang dekat dengan kita.
  • Jangan makan dan minum berdiri kerana ia bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W.
  • Hendaklah berniat untuk menguatkan dan menyihatkan tubuh badan agar dapat beribadat kepada Allah.


SELEPAS MAKAN :

  • Hendaklah kita bersyukur dengan rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita.
  • Doa selepas makan.
SUNNAH MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W :

  • Makan garam secuil (sikit dihujung jari kelingking) sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa senduk. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makananyang menunggu.
  • Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.
  • Duduk dibawah, bukan di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ketengah. Baik sekali makan berjemaah bersama keluarga, maupun teman. Seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu talam boleh untuk empat orang.
  • Jangan sisakan sebutir nasipun, kerana nasi ini berzikir.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...