Aromaterapi telah terbukti baik manfaatnya untuk kesehatan. Sekarang, waktunya untuk mengenal lebih dekat berbagai jenis aromaterapi dan manfaatnya bagi kulit.
Lavender: merileksasi, menormalkan, serta membersihkan kulit.Eucalyptus: membersihkan, menyeimbangkan, menyegarkan, dan menstimulasi kulit.
Peppermint: menyegarkan, dan menghidupkan kulit.
Alang-alang: membuat kulit terasa lebih sensual, eksotis, dan menarik.
Bergamot: menormalkan dan mengencangkan kulit.
Lemon: mengencangkan, menstimulasi, menyegarkan kulit.
Patchouli: menenangkan dan membuat kulit terasa lebih sensual.
Kamomil: menenangkan, menyegarkan dan menyeimbangkan kulit.
Mawar: mengurangi stres, kesedihan dan menstabilisasi kondisi tubuh.
Cendana: menstabilisasi dan menenangkan emosi.
Ada berbagai cara untuk menggunakan aromaterapi ini. Bisa dihirup, disuntik atau dioleskan langsung ke kulit. Semuanya tergantung selera masing-masing, namun perlu diperhatikan bahwa sebaiknya tidak sembarangan memakai aromaterapi tanpa mengetahui jenis kulit Anda terlebih dulu. Jangan lupa juga untuk berkonsultasi dengan pakar kecantikan sebelum menggunakannya.
KULIT BERMINYAK: Campuran lavender, bergamot, clary sage, yang dicampur dengan air mawar atau bunga jeruk akan mengecilkan pori-pori kulit dan membuat kulit menjadi lebih segar. Oleskan campuran yang sudah jadi ke area kulit yang paling berminyak, kemudian pijatlah secara memutar dan perlahan pada kulit.
KULIT NORMAL: Kombinasi lavender, clary sage serta kamomil, baik untuk menyeimbangkan, dan menyegarkan kulit. Oleskan pada seluruh area kulit, kemudian pijat dalam gerakan memutar dengan kecepatan lambat hingga sedang.
KULIT KERING: Kacang almon, lavender, bergamot, patchouli, cendana, dengan air mawar, dapat membuat kulit kering menjadi lebih bercahaya. Kombinasi tersebut berperan sebagai pelembab kulit. Pijatan harus dilakukan secara memutar dengan kecepatan sedang hingga cepat. Sebagai tip tambahan, alang-alang juga merupakan pilihan yang bagus untuk dijadikan minyak pelembab.
Monday, June 22, 2009
Friday, May 1, 2009
Wednesday, January 7, 2009
puasa hari 'asyura
Penghijrahan junjungan besar nabi Muhammad SAW daripada Mekah ke Madinah merupakan satu pengorbanan dan usaha yang cukup besar yang telah dilakukan oleh baginda kita nabi Muhammad SAW dalam sejarah penyebaran Islam. Tekanan musuh islam terhadap umat Islam begitu teruk sekali sehinggakan para sahabat menempuh dengan mengalirkan darah merah, penghinaan dari bibir jahiliah ke atas kesucian Islam ditempuh dengan penuh kesabaran, kecekalan, dan penuh dengan ketaqwaan.
Pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda dan para sahabat dalam usaha untuk memartabatkan agama ALLAH diatas muka bumi jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan yang tidak seberapa yang telah kita lakukan bagi mencapai apa yang telah ditentukan dalam Islam.
Taqwim Maal hijrah merupakan salah satu di antara keizzahan umat Islam yang patut dipertahan oleh seluruh umat. Melihat kepada betapa perlu kita untuk memiliki keizzahan. Maka Para sahabat telah memutuskan agar menjadikan taqwim maal hijrah salah satu perkara yang mampu memelihara dan membezakan agama yang suci ini dengan agama-agama lain, sebagai satu agama yang mempunyai keizzahan yang tersendiri. Hijrah agung dijadikan sebagai permulaan tahun bagi umat Islam, ini adalah bertujuan untuk membezakan kelendar masihi yang mengambil kira dengan tarikh kelahiran nabi Isa AS sebagai permulaan tahun bagi agama nasrani
Awal muharram merupakan bulan pertama dalam taqwim Islam, di dalamnya terdapat satu hari yang cukup diambil berat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Pada hari tersebut Nabi Muhammad SAW telah menunaikan ibadah puasa. Hari yang dimaksudkan itu ialah hari a'syura. Nabi pernah bersabda:
يوم عاشوراء إن شاء صام
Yang bermaksud: " Pada Hari A'syura sekiranya kamu hendak berpuasa, berpuasalah".
Begitu juga dapati masyarakat Quraisy pada ketika dahulu berpuasa pada hari tersebut, Ibnu al-A'raby telah meriwayatkan bahawa hari tersebut dipanggil dengan خابوراء. Pada Hari A'syura kita digalakkan berpuasa, sebagai satu ibadat sunat yang mendekatkan diri kepada ALLAH. Ibnu Abbas pernah meriwayatkan bahawa ketika nabi Muhammad SAW tiba di Madinah maka Nabi Muhammad SAW telah melihat golongan yahudi di Madinah berpuasa pada hari tersebut, maka Nabi Muhammad SAW telah bertanya kepada mereka, "Apa ini? (hari apakah ini)?" Maka mereka menjawab, "Hari ini (يوم صالح) , pada hari inilah ALLAH telah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka (Firaun dan tenteranya), maka Nabi Musa AS telah berpuasa pada hari tersebut," Maka nabi Muhammad SAW bersabda, "Aku lebih layak daripada kamu (Yahudi) untuk mengikut Nabi Musa AS." Maka Nabi Muhammad SAW telah berpuasa pada hari tersebut dan Nabi Muhammad SAW telah memerintahkan agar berpuasa pada hari tersebut. Sila rujuk nota kaki.
Dan hadis daripada ummu al-mukminin Aisyah RA telah berkata:
كان يوم عاشوراء تصومه قريش في الجاهلية, وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه في الجاهلية , فلما قدم المدينة صامه وأمر بصيامه , فلما فرض رمضان ترك يوم عاشوراء , فمن شاء صامه ومن شاء تركه
Yang bermaksud:"Masyarakat jahiliah pada ketika dahulu telah berpuasa pada hari a'syura, dan begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW juga pernah berpuasa pada hari tersebut, ketika mana nabi Muhammad SAW tiba di Madinah nabi Muhammad SAW juga telah berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan agar para sahabat juga berpuasa, dan apabila diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan maka Nabi Muhammad telah meninggalkan puasa pada hari a'syura, maka sesiapa yang hendak berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang ingin meninggalkannya maka tinggalkanlah."Hukum melaksanakannyaUlama' telah bersepakat mengatakan bahawa hukum berpuasa pada Hari A'syura adalah sunat dan tidak diwajibkan. Para ulama' telah berselisih pendapat pada menentukan apakah hukumnya diawal pemulaan islam sebelum difardhukan ibadat puasa dibulan ramadhan. Baginda Nabi Muhammad SAW pernah berpuasa ketika masih berada di Mekah. Begitu juga masyarakat Quraisy pada ketika itu.
Pendapat pertamaAbu Hanifah berpendapat: Berpuasa pada Hari A'syura sebelum difardhukan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib.
Pendapat keduaBegitu juga ulama' yang bermazhab Syafi'e telah berselisih pada menyatakan hukumnya kepada dua pendapat, yang paling jelasnya disisi mereka ialah: Berpuasa pada Hari A'syura adalah sunat ketika disyariatkan dan bukannya wajib secara pasti ke atas ummat Islam.
Pendapat kedua bagi mereka seperti mana pendapat Imam Abu Hanifah. Namun kita dapati pendapat Imam Al-Qadi I'yad mengatakan: Hukum berpuasa pada Hari A'syura adalah wajib, ianya kekal dan tidak dihazafkan.
Berpuasa pada hari yang kesembilan dan kesepuluh
Berdasarkan kepada hadis Ibnu Abbas (مرفوعا):
"لئن بقيت الى قابل لأصومن التاسع" اسناد جيد رواه مسلم
Yang bermaksud: "Demi sekiranya aku dihidupkan lagi pada tahun akan datang nescaya pasti aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan"
Berdasarkan kepada hadis di atas, Nabi Muhammad SAW telah berpuasa pada hari yang kesepuluh dan baginda sendiri telah berniat untuk berpuasa pada hari yang kesembilan pada tahun kemudiannya. Imam Syafi'e dan pengikutnya, Ahmad, Ishak, serta selain daripada mereka telah berpendapat, Sunat kita berpuasa pada hari yang kesembilan dan kesepuluh dalam bulan muharam secara berturutan. Antara sebab disunatkan berpuasa pada secara berturutan ialah supaya tidak menyerupai kaum Yahudi yang berpuasa hanya pada Hari A'syura sahaja.
Sesungguhnya Ismail Bin Umayyah telah mendengar Abu Ghadfan Bin Thorif berkata yang bermaksud:"Aku telah mendengar Ibnu Abbas RA telah berkata: ketika mana Rasulullah SAW telah berpuasa pada Hari A'syura dan baginda memerintahkan agar berpuasa pada hari tersebut, maka mereka berkata: Wahai Rasullullah! Sesungguhnya Hari A'syura satu hari yang diagungkan oleh bangsa Yahudi dan Nasrani (kristian), maka Rasullulah telah bersabda: Maka sekiranya adalah sempat lagi aku pada tahun hadapan insyaAllah kita berpuasa pada hari yang kesembilan." (Rujuk Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi)
Daripada Hamid Bin Abdulrahman bahawa beliau telah mendengar Maa'wiyah Bin Abi Sufian RA pada Hari A'syura beliau telah pergi menunaikan haji kemudian beliau telah berkhutbah di atas mimbar: Wahai masyarakat Madinah! Di manakah ulama' kalian? Aku telah mendengar baginda Rasulullah telah bersabda:
هذا يوم عاشوراء ولم يكتب عليكم صيامه وأنا صائم , فمن شاء فليصم ومن شاء فليفطر
"Hari ini adalah Hari A'syura, dan ALLAH Taala tidak mewajibkan ke atas kamu sebagaimana puasa Ramadhan dan pada hari ini aku berpuasa, sesiapa yang ingin berpuasa maka berpuasalah dan sesiapa yang ingin berbuka, maka berbukalah."
Kesempatan ibadat yang telah diberikan ALLAH S.W.T kepada hambanya adalah bukan sia-sia,malahan ia merupakan salah satu daripada perkara yang terpenting dalam meningkatkan hubungan dengan ALLAH S.W.T. Disamping itu, ia juga dapat menjadikan seseorang hamba yang benar-benar ikhlas dalam pekerjaannya. Hikmah berpuasa yang telah disebut oleh para ulama' sangat banyak dan antaranya ialah menahan nafsu syahwat daripada perkara mungkar. Melihat kepada zaman yang begitu mencabar, khususnya kepada generasi pemuda, saban hari semakin bertambah hidangan daripada pihak yahudi durjana untuk memusnahkan generasi ummat islam. Generasi muda menjadi item yang cukup terpenting dalam membentuk gerakan kebangkitan islam. Justeru itu kita juga melihat betapa pentingnya generasi pemuda pada masa kini memperbanyakan amal ibadat agar mampu memperteguhkan keimanan islam dalam jiwa.
Ayuhlah semua teman-temanku! Jangan kita biarkan pensyariatan amal ibadat ditengalami dek ombak kemaksiatan yang sentiasa mencari mangsa yang longgar pegangannya. Jadikanlah amalan berpuasa pada a'syura sebagai program tahunan untuk diri kita yang hanya diberi peluang kepada sesiapa yang layak menerimanya. Sesungguhnya ALLAH akan memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja dan akan menyesatkan sesiapa sahaja.
Sumber: www.edpmt.org

label
~ teduhan iman
Saturday, November 8, 2008
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

ISLAM & TIDUR
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang
bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya
sendiri."
Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan
Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan
kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan
Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995,
Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah
berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)
Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah
menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari
Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon,
melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan
penyakit kencing manis.
(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress)
dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di
dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.
(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan
dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin
melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.
" Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua
tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika
keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk
hendaklah tidur."
(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga
menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang
mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.
Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan
seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah
yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari
kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun
sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Subscribe to:
Posts (Atom)